Pohon budi ini diinspirasikan dan dihasilkan daripada gabungan ukiran minangkabau dan motif melayu tradisional. Ukiran minangkabau yang dimaksudkan ialah rupa (form) yang boleh didapati dibahagian ukiran layang dinding rumah minangkabau. Pohon budi ini dinamakan sebagai “Journey of Success”. Kejayaan dipengaruhi oleh banyak aspek. Jika dilihat dengan lebih terperinci, terdapat dua bayam peraksi berwarna jingga dibahagian bawah menggambarkan ketekunan kerana bentuk bayam peraksi mempunyai ketajaman pada setiap hujung daun. Terdapat tiga bunga ros berwarna merah jambu yang dikembangkan. Dua bunga dibahagian bawah menggambarkan kedua ibu bapa, bunga kembang membawa maksud berpengalaman dalam kehidupan manakala satu ditengah memberi makna kasih sayang dari mereka. Terdapat empat bunga berwarna ungu ke arah bawah memberi maksud akauntabiliti. Seorang yang berakauntibiliti perlu menolak sifat keraguan, sifat malas, sifat perfeksionisme dan sifat sensitif. Dua daun berwarna ungu di bahagian atas bermaksud kewibawaan. Menjadi daya penarik bagi seseorang untuk dipercayai. Dua bunga ros kecil dibahagian hujung bererti tarikan dan sentiasa mempunyai objektif kedua ataupun pelan sandaran. Bunga ros berwarna merah terang dibahagian atas menggambarkan kejayaan seseorang. Warna biru muda dipilih untuk digunakan pada latar belakang memberi maksud ketenangan dan daun daun yang berwarna hijau terang memberi maksud liku liku halangan yang perlu ditempuhi untuk menjadi seorang yang berjaya.
Tajuk arca ini adalah “Sailing Nation”. Ia diinspirasikan daripada layar kapal laut yang lama sebelum kapal laut berenjin diinovasi. Dengan hanya menggunakan angin, manusia boleh menjelajah ke serata dunia. Ini menjadikan layar adalah satu kepentingan bagi sesebuah kapal pada masa lalu. Kapal yang dimaksudkan dalam arca ini adalah negara kita. Iaitu Malaysia. Arca ini terdiri daripada dua komponen asas iaitu bahagian layar dan tiang-tiang daripada jeriji besi yang saling bersilang antara satu sama lain. Tiga layar ini bermaksud kepelbagaian kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Layar ini juga mempunyai berlainan bentuk dan lengkungan. Ini kerana kita mempunyai banyak titik perbezaan antara kaum, kita mempunyai tujuan yang sama iaitu Kemajuan negara. Disebabkan itu, layar(kaum) telah menjadi kepentingan untuk sesebuah kapal(Malaysia). Tiang jeriji besi ini ialah teras yang berpengangan antara layar bagi bagi tujuan pengukuhan layar. Ia bermaksud untuk membinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat. Untuk menghasilkan sesuatu yang baru, bermula dengan sesuatu yang sedia ada. Sama seperti arca ini, kepingan logam dan juga besi jeriji ialah bahan asas. Tekstur terakhir yang digunakan di arca ini ialah tekstur karat. Ia digunakan kerana karat memberi kesan estetik dan semula jadi pada arca. Ia bermaksud tiada yang sempurna jika menilai dari satu perspektif.